Pengasuh kejam di taska Taman Kota Masai,Johor Bahru.Lanjutan daripada penyebaran video di internet  yang berunsurkan penderaan di taska tersebut yang dipercayai dilakukan oleh bekas pengasuh taska terbabit,telah mengundang kemarahan orang ramai,terutamanya ibubapa mangsa.


Sehubungan itu,memetik daripada akhbar berita sinarharian,memaklumkan

pengasuh kejam taska taman kota masai pengasuh kejam di taska Taman Kota Masai perbuatan sabotaj
Pengarah Jabatan Keba­jikan Masyarakat (JKM) negeri, Khatijah Abdullah mengetahui mengenai adegan video yang disifatkan keterlaluan terhadap kanak-kanak itu selepas menonton video terbabit, Khamis lalu.
Menurutnya, pihak JKM telah membuat siasatan ke premis tersebut bagi memastikan kesahihan rakaman video lebih seminit itu, pada keesokan harinya.
“Siasatan JKM mendapati rakaman itu dipercayai angkara dua bekas pengasuh yang berkhidmat di situ selepas tidak berpuas hati terhadap tindakan pengusaha taska memberhentikan perkhidmatan mereka.
“Hasil siasatan menda­pati pengusaha taska itu, mengakui ianya adalah cubaan khianat bekas pekerjanya itu bagi menja­tuhkan maruah dan perniagaannya, malah kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis,” katanya kepada Sinar Harian.
Khatijah berkata, taska berkenaan beroperasi sejak Januari tahun lalu dan ber­daftar dengan pihak JKM.
Katanya, seramai 30 kanak-kanak berada di bawah jagaan mereka berumur sehingga empat tahun dikendalikan lima penga­suh.
“Pengusaha mendakwa ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah dimaklumkan berhubung penyebaran video berkenaan.
“Ini adalah kes pertama cubaan mengaibkan kanak-kanak dan pengusaha di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pengusaha terbabit mengi­kuti segala peraturan dite­tapkan menye­bab­kan me­reka layak men­dapatkan permit menja­lankan per­khidmatan itu.