Jumaat, 26 April 2013

sebenarnya saya isteri dia

2 minggu lepas... 
disebabkan keboringan tahap melampau...
ibu pon godek2 la cerita2 yg ade kat tonton...
lepas tu terjumpa cerita yg seperti tajuk diatas...
pelakon die...
izzue islam & tiz zaqyah...
actually ibu dah stat minat kat budak izzue tuh...
since die berlakon...
"senyuman dikuala lumpur"...
yg die bercakap dielek klate tuh...
hehehe...

yg tiz lak...
usah ckp la...
ibu dah memang minat cara die berlakon...
since "nur kasih"...
disebabkan ibu exited nk tau ending die...
ibu pon ape lg...
pergi la ke MPH alamanda...
semata2 nk cari benda alah ni...

sejak ade abah (suamiku tercinta) ngan along dam...
ibu dah lame dah xbertapa depan novel...
but this story really worth it...
hehehe...
best okay!!!
mmg berbaloi2...
xsabar nk tgk drama ni sampai habis... 
tetiba lak jatuh cintun kat budak izzue tuh...
wakakakaka...
abah jgn marah yer...
ibu gurau jer...
hanya dirimu cinta hatiku....
hehehe...


sbb "sebenarnya saya isteri Muhamad Aminuddin" ;)

Isnin, 22 April 2013

#OHMYPMS#

Assalamualaikum...
and selamat hari isnin...
harini agak lemau bg ibu...
sbb its my 3rd day PMS...
kan best lau leh balik baring kat umah...


#uwaaa... sgt xlarat... *nakbalektito*#
 

Khamis, 11 April 2013

KHAS UNTUK ENCIK SUAMI: PETUA MERAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

3. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

4. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

5. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

6. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

7. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

8. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

9. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

10. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

11. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

12. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

13. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

14. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

15. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

16. Solat bersama dan berdoa bersama.

17. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

18. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

19. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

20. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

Ramai lelaki menganggap perkara penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. LIKE dan SHARE ♥

Rabu, 10 April 2013

::Rahsia isteri yang setiap suami perlu tahu::

Assalamualaikum & selamat berpagi rabu...
pagi ni perasaan ibu okay2 jer...
so...
hopefully my day will be better then yesterday...
insyaAllah...
okayy...
back to the title...
today's entry dedicate to abah (my husband) lak...
hehehe...
and also to husband out there...
which is ibu share dari FB member...

" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "

"
Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk s
yurga bersamamu "

" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

 

p/s; walaupon abah (my husband) tidaklah romantik... seperti mengungkap kata2 romantik & cinta selalu... namun ibu bersyukur kerana setiap perlakuannya ibu tahu dia mencintai, menghargai & menerima ibu seadanya... so... En. MUHAMAD AMINUDDIN I LOVE U SO MUCH... *pelukketatketat*

Selasa, 9 April 2013

Abahku

(entry kali ini ibu bahasakan diri ibu sebagai aku... sbb agak emosi bg ibu)
 
Assalamualaikum...
dipagi selasa yg indah permai ni...
tetibe ibu teringat + rindu kat abahku...
En Mat Zain...
sekarang ni kesihatan abah semakin kurang baik...
mungkin kerana usia yg semakin meningkat...
november 2013 tahun ini nanti...
akan genap umur abah 64 tahun...
abah ada gout + darah tinggi...
dulu mase aku kecik-kecik...
abah sangat sanjung + sayangkan anak-anak saudaranya...
kadang-kadang aku terasa macam abah sayangkan mereka lebih dari aku dan adik-beradikku...
cemburu + nak marah memang selalu ada...
tapi ma aku selalu cakap...
tak perlu nak rasa macam tu...
sebab satu hari nanti anak-anak saudara yang ditatang itu...
takkan bertanya khabar beritanya...
dan sekarang...
memang ternyata BETUL kata ma ku...
sememangnya ibu-ibu memainkan peranan yang sangat besar...
dalam mempengaruhi anak-anak...
maka oleh itu...
ajarlah anak-anak kita supaya mengenang budi....

Isnin, 8 April 2013

Diorang dah balik...

Assalamualaikum...
dan selamat ptg isnin...
sepatutnye ibu update pg td...
tp kemalasan melanda diriku...
back to the title...
sape dorg tuh???
opcos la...
my abah, my ma and my kak long la....
kul 9 mlm td dorg naik bus...
and kul 5.30 pg td selamat sampai ke perhentian Tanah merah...
so...
kirenye diorg kat sini 5 hari jer...
sbb ma ibu sayang nk tinggal kelas ngaji quran die lelame...
tp mlm smlm abah ibu...
belanje kitorang makan nasik arab...
sepatutnye anak2 yg banje mak pak ye dak??
tp dlm kes famili ibu nih...
mmg abah ngan ma ibu yg kerap banje kitorg...
hehe...






 
terima kasih abahku...
anakmu ini doakan semoga abah dan ma...
dipanjangkan umur...
disihatkan tubuh badan...
dimurahkan rezeki dan...
dipermudahkan segala urusan...
kami SAYANG abah + ma ketatketat....

Rabu, 3 April 2013

dari Mana Anak Kecik Merampas Dan memukul

Assalamualaikum and selamat petang...
hurmmm...
sambil ibu menggodek fb ibu...
tetiba terbaca dari status yg dishare dari one of frend list ibu...
berkenaan the tajuk kat atas la...
same2 bace and kita jadikan sebagai penduan yer...
sgt berguna buat...
ibu2, ummi2, mama2, mummy2, mak2, mom2 etc...
 cekidaud...

DARI MANA ANAK KECIL BELAJAR MERAMPAS DAN MEMUKUL?
Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikasi itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.

KREDIT : Prof. Dr. Rozieta Shaary

p/s: bkn utk panduan para ibu2 shj...utk rujukan kaum bapa jg...

ma, abah and kak long...

Assalamualaikum...
and selamat hari rabu...
alhamdulillah maghrib smlm...
diorg sampai...
diorg tuh sape??
ma, abah ngan kak long ibu lor...
dah tentu2 yg paling happy abg long dam la...
langsung tak tinggal...
mama tok, tok bah ngan mama long nye...
pagi ni bgun awal...
exited nk g main ngan diorg...
hahaha....

Selasa, 2 April 2013

Aku Benci Mama...

Just watched Aku Benci Mama...
lakonan Hanis Zalikha, Zila Bakarin...
Eja and Afiq Muiz...
actually...
selama ni ibu bace blog Hanis je...
then lps tu tgk mad market...
ibu rase hanis ade bakat besar...
boleh pegi lbh jauh...
ibu salah sorg her follower and her big fan...
truelly klu that girl pki tudung more cute...
overall Aku Benci Mama best...
siap nangis lg ibu okeh...
thumb up kpd semua pelakon especially Eja and Zila...
and to my girl Hanis Zalikha too...




gumbira...

Assalamualaikum...
tuesday already...
exited sgt...
jus called my abah (means abah ibu la.... bkn abah adam)...
hehehe...
he said that...
bus diorg kul 10.30pg nti...

Isnin, 1 April 2013

can't wait tuesday...

Assalamualaikum and good morning...
harini no monday blues yeah...
hehehe...
sebab...
tomorrow my battery will be here...

exited...