Isnin, 23 Februari 2015

Nak Letgo Mesin Basuh Midea 8kg baru

Assalamualaikum...
harini ibu nak letgo Mesin basuh Midea 8kg...

sebab nak let go...
last week tetiba mesin basuh lama berfungsi...
ibu n abah ingatkan mesin basuh tu dah rosak...
so, belilah yang baru...
rupanya bukan salah mesin basuh...
extension plug yang rosak...
so, tak sempat pon nak guna mesin basuh ni...
sebab tu nak jual...
ibu beli mesin basuh ni RM499
tapi nak jual RM450 still bole nego...
bleh kol, whatsapp or sms ibu kat 0126408403 zie




~zieyamin~

Selasa, 10 Februari 2015

IQ vs EQ

KECERDASAN INTELEK (IQ) DAN KECERDASAN EMOSI (EQ)...MANA LEBIH DIPERLUKAN?
Kecerdasan emosi (EQ) lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. Kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya (IQ), kecerdasan emosi (EQ) juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek.
Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ) manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia.
Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini.
Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya juga semakin tinggi. Kecerdasan emosi (EQ) penting dalam setiap individu, sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pekerja dan sebagainya.
Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek (IQ) tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik.
Dengan adanya kecerdasan emosi seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan, keadaan ini membolehkannya mudah mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.

*copy paste dari status Datuk Dr. Maznah Hamid*

Kalau belajar tinggi-tinggi ada degree ada master even Phd sekali pon...
tapi xreti nak jaga hati org...
tak reti nak menilai kebaikan orang...
tak reti nak menilai kekurangan orang...
yang baik dianggap jahat...
yang terang2 buat jahat dianggap baik...
so kesian...



~zieyamin~

Isnin, 9 Februari 2015

MINTA MAAF

dalam dunia ni berapa ramai yang sanggup ngaku kesalahan and say SORRY???
for me...
sejak dari kecil memang ma ibu ajar perlunya minta maaf klu buat silap...
silap dari segi kata-kata, perbuatan @ tingkah laku...
tp ibu akui kadang memang sangat PAYAH nak ckp SORRY @ MINTA MAAF...
ada setengah orang yg mengakui kesilapan @ kesalahan dgn berdiam diri...
berharap perkara itu boleh berlalu seperti angin...
but for me...
i will say SORRY or MINTA MAAF...
if i realize my mistake or people told me bout that...
and inshaAllah i will thank for it...
ada orang nak marah@melenting kalau ada orang cuba bgtau kebenaran...
ada orang tak boleh terima dengan kebenaran..

tapi kena di ingat MAAF adalah sesuatu yang sangat BERAT...
untuk di minta @ untuk diberi...
bagi ibu, ibu sangat terharu kalau ada orang yang sedar dengan kesilapan dan meminta maaf...
belum tentu anda sanggup meminta MAAF dengan kesalahan yang sama...
 fikir-fikirkanlah...


~zieyamin~

Isnin, 2 Februari 2015

Karma

Hurmmm...
sesungguhnya Allah maha Kaya...
Bumi berputar pada paksinya...
setiap yg berlaku ada hikmahnya...
seperti juga kata2 @ perbuatan yang menyakitkan pasti akan dikembalikan...
sebab tu JANGAN suka mengata orang...
sebab nanti suatu hari akan kembali kpd diri @ keluarga...
Fanauzubillah...
hidup ni kan karma...




~zieyamin~