KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'
 I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka 
yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil
 ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala 
kejahilan yang terkandung di dalamnya.
 Program yang mampu 
mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang 
kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka 
hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang 
berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja 
(asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.
 Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing 
bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) 
pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf 
masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab 
Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia 
macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku 
dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di 
dalam rumahnya.
 Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai 
anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di
 bawah, iaitu point pertama dan kedua:
 Hukum menyentuh anjing
 1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh 
anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab
 syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam 
nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni 
mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja 
najis. Ini berdasarkan hadis:
 “Sucinya bejana (bekas) salah 
seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana 
itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan 
tanah.”
 [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
 Jadi, 
hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA 
menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh 
kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita 
basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis 
boleh berpindah.
 Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat 
menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya 
dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.
 **Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa
 anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin 
benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, 
bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak
 ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan 
diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.
 Hukum membela anjing
 2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua 
ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak 
dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, 
sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan 
sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:
 i. Untuk menjaga harta
 ii. untuk menjaga tanaman
 iii. untuk menjaga ternakan
 iv. sebagai anjing untuk memburu
 v. menjaga keselamatan keluarga
 "Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga 
ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath."
 [Hadis Muttafaq 'Alaih]
 Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: 
"Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain 
anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya
 akan berkurang dua qirath setiap harinya."
 [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]
 Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya 
membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga 
kambing atau menjaga haiwan ternak."
 [riwayat Muslim no. 1571]
 "Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau 
penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan 
berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
 [Hadis Muttafaq 'Alaih]
 Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan 
Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah 
tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat,
 maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya 
tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka 
baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda 
bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak 
tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar 
datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan
 datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: 
“anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami 
(Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan 
gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
 Syaratnya:
 1) HARAM bela anjing di dalam rumah
 2) WAJIB beri makan minumnya
 3) HARAM mendera atau mencederakannya
 4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja
 **Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.
 3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, 
dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja
 salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan 
belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang 
mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum,
 dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. 
Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai
 anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat
 pahala.
 Rujukan:
 Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
 Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
 Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)
 Copy Paste dari group Whats App.
ibu lak copy pasete dari fb kawan...
~zieyamin~