Rabu, 21 November 2012

menternak vs mendidik anak...

Assalamualaikum w.b.t dan selamat berpagi rabu.... hehehe... syukur hari ni kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat kehidupan... untuk melayari hari-hari indah bersama-sama suami/isteri, anak-anak, ibubapa, adik-beradik serta kawan-kawan... namun lain pula dengan saudara-saudara kita yang berada di GAZA... hidup mereka penuh kesengsaraan... marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan dan keamanan mereka... 

Okayy... yang atas tuh muqaddimah... hehe... now back to the story... pagi ni datang office on facebook... terbaca update status from one of ibu's friend... Welly Marissa...memamg sgt dalam dan bermakna sekali kata-katanye...
Didiklah anak-anak kita bukan menternak mereka. Menternak itu cukup sekadar kita memberi makan, minum dan tempat tinggal ibarat seperti lembu. Tetapi bezanya dengan mendidik ialah apabila kita memenuhi keperluan rohani dan jasmani anak-anak, membekalkan mereka dengan faham agama sebagai pegangan hidup. - Jadilah ibu-bapa yang mendidik bukan menternak anak. Renung-renungkan.
Ibu sangat setuju... sekarang ni kebanyakan ibubapa "menternak" (nauzubillah...) anak-anak... namun tidak mendidik... sebabnya diorang dah anta anak-anak diorg  kesekolah... so, job cikgu cikgi la yang mendidik anak-anak diorg... bagi pendapat peribadi ibu memang salah kalau ada ibubapa yang berfikiran sebegitu... cikgu-cikgi hanya mendidik ilmu berkaitan matapelajaran semata-mata... namun ilmu akhirat dan ilmu duniawi yang akan diserap dlm amalan kehidupan terserah kepada ibubapa... ilmu akhirat rasanya tak perlu disebut... sudah pasti kita mengetahui... namun ilmu duniawi yang berkaitan dengan amalan @ sifat keperibadian ibu nak sentuh sikit... sbg contoh; sikap anak-anak dengan saudara mara atau tetamu yang bertandang kerumah... kalau ibubapa tak suruh anak-anak mereka bersalam dan kenal dengan saudara mara atau tetamu anak-anak takkan buat... begitu juga dengan sifat atau sikap lain yang dirasakan perlu bagi ibubapa untuk menegur tapi tidak dilakukan... kerana... entahlah... mungkin bagi pendapat mereka nanti anak-anak itu akan faham sendiri... tidak ada perkara yang akan difahami oleh anak-anak melainkan dengan teguran @ didikan ibubapa itu sendiri... 

MasyaAllah... sungguh besar tanggungjawab ibubapa dalam mendidik anak-anak... bukan sekadar melahirkan...bekerja bagi memberi keperluan (bg bapa)... memasak makanan yang sedap (bg ibu)... namun disebalik semua itu ada tanggungjawab dan amanah yang sangat besar perlu dilaksanakan... semoga kita sama-sama menjadi ibubapa yang bertanggungjawab dalam mendidik amanah yang dikurniakan kepada kita.


p/s : peringatan kepada diri ibu sendiri...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan